- Iklan -
Berita

WHO isytihar wabak cacar monyet sebagai kecemasan kesihatan global

Pertubuhan Kesihatan Sedunia itu juga mengambil langkah berjaga-jaga pada tahap tertinggi.

Reuters
1 minit bacaan
Kongsi
Petugas kesihatan membuat saringan gejala cacar monyet terhadap penumpang yang tiba dari luar negara di Lapangan Terbang Antarabangsa Anna, di Chennai pada 3 Jun. Gambar: AFP
Petugas kesihatan membuat saringan gejala cacar monyet terhadap penumpang yang tiba dari luar negara di Lapangan Terbang Antarabangsa Anna, di Chennai pada 3 Jun. Gambar: AFP

Sekitar 65 negara di mana cacar monyet tidak pernah menjadi endemik melaporkan penyakit yang boleh menular itu apabila kes yang disahkan ketika ini mencecah 15,600.

Wabak cacar monyet yang merebak dengan pantas telah mencetuskan kecemasan kesihatan di tahap global, di mana Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) mengambil langkah berjaga-jaga pada tahap tertinggi, kata Pengarah WHO Tedros Adhanom Ghebreyesus pada hari Sabtu.

Penyakit yang merebak melalui hubungan rapat dan pertama kali ditemui pada monyet itu banyak direkodkan berlaku di barat dan Afrika Tengah.

Penularannya di benua lain jarang direkodkan.

- Iklan -

Paling Popular

Tiada artikel ditemui.