- Iklan -
Kolum

Calon mana bakal menang PRN Johor?

Apakah perlu beliau seorang yang akan melawan perasuah dan mereka yang dikaitkan dengan rasuah dan lanun?

Timmy Say
2 minute read
Kongsi
columnist picture

Timmy Say

Timmy Say menulis untuk pelbagai laman portal di Malaysia untuk berkongsi perspektif dan pengalamannya melibatkan isu semasa. Setelah 15 tahun menceburi bidang IC Design, kini bertukar karier ke bidang agrikultur dan akuakultur.

Siapakah calon yang bakal menang pada Pilihan Raya Negeri (PRN) Johor?

Apakah perlu beliau seorang yang fasih berbahasa Melayu?

Apakah perlu beliau seorang yang perlu fasih berbahasa Inggeris?

Atau apakah perlu beliau seorang yang perlu menguasai semua bahasa kaum-kaum yang berada di Malaysia?

Apakah perlu beliau seorang yang bersih?

Apakah perlu beliau seorang yang akan melawan perasuah dan mereka yang dikaitkan dengan rasuah dan lanun?

Apakah perlu beliau seorang anak tempatan?

Apakah perlu beliau seorang yang sudah mempunyai pengalaman di dalam bidang pengurusan, korporat mahupun kerajaan?

Apakah perlu beliau seorang yang sudah mencapai sesuatu kejayaan dalam kehidupan?

Apakah perlu beliau seorang yang petah bercakap ataupun menulis?

Apakah perlu beliau seorang yang sudah mempunyai pangkat dalam masyarakat?

Apakah perlu beliau seorang yang berani mempertahankan prinsip meskipun terpaksa berlawan dengan bosnya?

Apakah perlu beliau seorang yang rajin turun padang?

Apakah perlu beliau memerlukan sijil akademik?

Ataupun apakah perlu beliau seorang graduan luar negara mahupun tempatan?

Apakah perlu beliau mempunyai hubungan talian kekeluargaan dengan VIP-VIP Malaysia atau jutawan?

Semua di atas tidak penting kepada realiti sedih politik Malaysia.

Seseorang calon boleh menang di pilihan raya hanya memerlukan dua syarat.

Syarat utama ialah beliau direstui parti tertentu untuk bertanding.

Kedua, beliau bersama parti yang dilihat boleh menang.

Segala apa mengenai beliau tidak penting.

Beliau boleh merupakan seorang yang bermulut celupar mahupun berperangai tidak matang.

Rakyat Malaysia tidak mengendahkannya kerana apabila tiba di hari pengundian, hanya logo, emosi dan sentimen menjadi elemen terpenting.

Pilihan hanyalah mengenai parti mana yang diinginkan dan tidak diinginkan pengundi untuk mentadbir negeri Johor seterusnya.

Soal peribadi calon jarang menjadi persoalan yang penting di pilihan raya.

Sikap ini perlu dikikis jika rakyat Malaysia betul-betul menginginkan perubahan.

Jika tidak, usahlah bising mengapa rakyat Malaysia mendapat kerajaan yang lemah.

Apa tidaknya, rakyat Malaysia bukannya mencari permata dalam sistem demokrasi sebaliknya mengundi mengikut sentimen kepartian.

Sistem demokrasi bukan untuk mencari kestabilan.

Sistem demokrasi adalah untuk mencari permata terbaik untuk menerajui masyarakat.

Dari situ, kestabilan dibentuk.

Memilih kestabilan yang dipimpin kerosakan akan membawa parah yang mendalam dan lama kepada masyarakat, negeri dan juga negara.

Negara berubah apabila sikap rakyat berubah.