- Iklan -
Berita

PH pertahankan Pulai, Simpang Jeram dengan majoriti lebih rendah

Ia selepas dua calon Pakatan Harapan, Suhaizan Kaiat dan Nazri Abdul Rahman menang di kedua-dua kawasan berkenaan.

Staff Writers
1 minit bacaan
Kongsi
Penunggang motosikal menunggang melintasi deretan bendera Perikatan Nasional dan Pakatan Harapan di Simpang Jeram semasa Pilihan Raya Kecil Simpang Jeram pada 5 September.
Penunggang motosikal menunggang melintasi deretan bendera Perikatan Nasional dan Pakatan Harapan di Simpang Jeram semasa Pilihan Raya Kecil Simpang Jeram pada 5 September.

Pakatan Harapan mempertahankan kerusi Parlimen Pulai dan Dewan Undangan Negeri (DUN) Simpang Jeram selepas kedua-dua calon pakatan itu, Suhaizan Kaiat serta Nazri Abdul Rahman masing-masing menang dengan majoriti 18,641 undi dan 3,514 undi. 

Meskipun berjaya mempertahankan kerusi Parlimen Pulai selepas bergabung dengan Barisan nasional (BN), namun parti kerajaan campuran pimpinan Perdana Menteri Anwar Ibrahim itu gagal mengekalkan majoriti undi sebanyak 33,174 yang diperoleh pada Pilihan Raya Umum ke-15, November lalu.

Suhaizan, bekas setiausaha politik kepada Salahuddin Ayub memperoleh 48,283 menewaskan calon Perikatan Nasional (PN) Zulkifli Jaafar yang memperoleh 29,642 undi dan calon bebas Samsudin Mohamad Fauzi (528).

Sementara itu, Nazri yang juga timbalan ketua Amanah Bakri memperoleh 13,844 undi, menewaskan Dr Mohd Mazri Yahya daripada Perikatan Nasional (PN) yang memperoleh 10,330 undi, manakala calon bebas yang juga ahli perniagaan S Jeganathan hanya memperoleh 311 undi, sekali gus hilang wang pertaruhan.

Pulai, kerusi majoriti kaum Cina dan oleh itu dianggap sebagai kubu kuat PH, mempunyai 165,509 pengundi.

Simpang Jeram, dengan 40,301 pengundi, di mana orang Melayu membentuk kira-kira 51% pengundi. 

PRK Pulai dan Simpang Jeram diadakan bagi memilih wakil rakyat baharu untuk menggantikan penyandangnya Allahyarham Salahuddin yang meninggal dunia pada 23 Julai lepas.

Ikuti kami di WhatsApp & Telegram

Dapatkan pandangan eksklusif berita terkini Malaysia.

Langgan berita kami

Anda akan menerima berita terkini dan analisis harian.

Kongsi