- Iklan -
Berita

PH tidak dapat sokongan BN, kata Khairy selepas Azmin menang Hulu Kelang

Ini keranan jumlah undi yang diperoleh Mohamed Azmin Ali dan Juwairiya Zulkifli jika dibandingkan dengan bilangan undi pada PRU14 lalu, menunjukkan asas sokongan pengundi PH tidak berubah.

Staff Writers
1 minit bacaan
Kongsi
Pengerusi Perikatan Nasional Selangor Mohamed Azmin Ali bersama pesaingnya bagi kerusi Hulu Kelang, Juwairiya Zulkifli dari Pakatan Harapan.
Pengerusi Perikatan Nasional Selangor Mohamed Azmin Ali bersama pesaingnya bagi kerusi Hulu Kelang, Juwairiya Zulkifli dari Pakatan Harapan.

Bekas menteri kesihatan, Khairy Jamaluddin berkata Pakatan Harapan (PH) tidak mendapat sebarang perubahan dan kelebihan pada kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Hulu Kelang yang menjadi tumpuan paling “hangat” sepanjang Pilihan Raya Negeri (PRN) di Selangor.

Bercakap dalam satu bual bicara siaran langsung di Astro Awani, Khairy menyebut kerusi itu ternyata menjadi satu “case study” yang paling baik untuk menganalisis pemindahan segmen pengundi dari Barisan Nasional (BN) ke PH.

Katanya, jumlah undi yang diperoleh calon Perikatan Nasional (PN) Mohamed Azmin Ali dan calon PH Juwairiya Zulkifli jika dibandingkan dengan bilangan undi pada Pilihan Raya Umum ke-14 (PRU14) lalu, menunjukkan asas sokongan pengundi PH tidak berubah.

Ini kerana, katanya, pada PRU14 kerusi itu dimenangi oleh PH dengan kira-kira 25,000 undi manakala Barisan Nasional (BN) dengan 10,000 undi dan PAS mendapat kira-kira lebih 7,000 undi.

Keputusan rasmi PRN Selangor yang diumumkan oleh Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) mengesahkan Azmin mendapat 25,597 undi manakala Juwairiya dengan 23,980 undi.

“Jadi macam mana anda nak jelaskan undi yang lebih itu?

“Semua dapat kat Azmin,” katanya.

DUN Hulu Kelang menjadi kerusi tumpuan utama sejak hari penamaan calon apabila pemimpin-pemimpin utama setiap gabungan politik turun memberikan sokongan kepada wakil parti masing-masing.

Ini termasuklah Pengerusi PN Anwar Ibrahim dan Pengerusi BN Ahmad Zahid Hamidi yang dilihat bertemu para pengundi dalam siri ceramah mega di DUN tersebut.

Ketika ditanya oleh wartawan, adalah perkembangan itu disebabkan oleh pertambahan bilangan pengundi, Khairy menegaskan ia sekali lagi menunjukkan PH tidak mendapat apa-apa pemindahan segmen termasuk sokongan daripada BN, PN atau pendaftar baru.

“Kemungkinan besar pengundi Hulu Kelang beri (undi) kepada Azmin.”