PAS letak MB baru di Kelantan, kekalkan Sanusi, Samsuri
Parti itu berkata menteri besar Kelantan dan timbalannya akan dianggotai oleh seorang agamawan dan seorang lagi berlatar belakangkan teknokrat.
Terkini
Kepimpinan PAS bersetuju mengekalkan Muhammad Sanusi Md Nor dan Ahmad Samsuri Mokhtar sebagai menteri besar Kedah dan Terengganu, tetapi berkata ia akan menamakan calon baru untuk menerajui Kelantan jika parti itu kembali berkuasa pada pilihan raya negeri esok.
Setiausaha Agung PAS Takiyuddin Hassan berkata keputusan itu masih perlu mendapat perkenan sultan di setiap negeri.
"Perubahan gabungan menteri besar dan timbalan menteri besar bagi Kelantan, dengan mengemukakan gabungan kepimpinan baharu iaitu seorang tokoh agamawan dan seorang tokoh teknokrat, tertakluk kepada mandat rakyat dan perkenan Duli Yang Maha Mulia Tuanku Sultan Kelantan," katanya.
Menteri Besar Kelantan ketika ini, Ahmad Yakob, mengambil alih tugas daripada Allahyarham Nik Abdul Aziz Nik Mat pada 2013 dengan dibantu Mohd Amar Nik Abdullah.
PAS merampas Kelantan daripada Barisan Nasional pada tahun 1990, dan menerajui negeri itu hingga ke hari ini.
Ikuti kami di WhatsApp & Telegram
Dapatkan pandangan eksklusif berita terkini Malaysia.
Langgan berita kami
Anda akan menerima berita terkini dan analisis harian.