- Iklan -
Berita

90% masyarakat Orang Asli sokong BN, kata ahli Parlimen Cameron Highlands

Ramli Mohd Nor turut mengumumkan penubuhan sebuah parti baru yang dikenali sebagai Asli.

Bernama
1 minit bacaan
Kongsi
Seorang lelaki Orang Asli menunggang motosikalnya melepasi sebuah rumah di Kampung Sungai Raba, Gerik di Perak.
Seorang lelaki Orang Asli menunggang motosikalnya melepasi sebuah rumah di Kampung Sungai Raba, Gerik di Perak.

Sokongan masyarakat Orang Asli terhadap Barisan Nasional (BN) masih tinggi iaitu 90% dan akan terus diperkukuh bagi menghadapi Pilihan Raya Negeri (PRN) kali ini, kata Ahli Parlimen Cameron Highlands Ramli Mohd Nor.

Beliau yang merupakan wakil rakyat dalam kalangan Orang Asli berkata BN sebuah parti yang komited dalam memperjuangkan hak dan keistimewaan komuniti itu dan berharap sokongan berkenaan terus diberikan walaupun ada kewujudan parti politik baharu, iaitu Parti Asli yang terdiri dalam kalangan masyarakat Orang Asli. 

Beliau berkata Jabatan Pendaftaran Pertubuhan Malaysia (RoS) mengesahkan penubuhan parti itu kira-kira dua bulan lepas.

“RoS mengesahkan ada satu parti ditubuhkan bernama Asli terdiri dalam kalangan Orang Asli… ini perkara tidak sihat kerana ia akan memecahbelahkan masyarakat Orang Asli,” katanya kepada pemberita selepas Majlis Ramah Mesra bersama kepimpinan Masyarakat Orang Asli Negeri Sembilan di Seremban.

Turut hadir Pengerusi Badan Perhubungan Umno Negeri Sembilan Jalaluddin Alias.

Ramli berkata pada masa ini, penduduk Orang Asli di negara ini berjumlah 213,000 orang, dan menyeru masyarakat itu terus memberikan sokongan kepada BN dalam memastikan kemenangan pada PRN ini.