- Iklan -
Berita

Keputusan tawaran ke Tingkatan 6 diumum Isnin ini, kata KPM

Mereka yang tidak ditawarkan tempat boleh mengemukakan rayuan secara dalam talian mulai 3 hingga 17 Julai.

Bernama
1 minit bacaan
Kongsi
Beberapa murid sekolah menggunakan jejantas untuk pulang ke rumah selepas sesi persekolahan tamat di Jalan Syed Putra.
Beberapa murid sekolah menggunakan jejantas untuk pulang ke rumah selepas sesi persekolahan tamat di Jalan Syed Putra.

Keputusan tawaran kemasukan ke Tingkatan 6 tahun 2023 bagi  murid lepasan peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) tahun 2022 akan diumumkan pada 3 Julai ini (Isnin), menurut Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM).

KPM dalam kenyataan hari ini memaklumkan semakan keputusan tawaran dan pendaftaran itu boleh dilakukan secara dalam talian menerusi pautan https://sst6.moe.gov.my/, manakala murid yang tidak mempunyai capaian Internet, boleh menyemak keputusan di sekolah asal masing-masing.

Bagi murid yang tidak menerima tawaran ke Tingkatan 6 rayuan boleh dikemukakan secara dalam talian melalui pautan sama atau melalui sekolah masing-masing mulai 3 hingga 17 Julai 2023.

“Keputusan permohonan rayuan kemasukan ke Tingkatan 6 Semester 1 Tahun 2023 akan dimaklumkan pada 24 Julai 2023 melalui portal yang sama atau dimaklumkan pihak sekolah bagi murid yang tidak mempunyai capaian Internet,” menurut kenyataan itu.

Menurut KPM, murid yang ditawarkan ke Tingkatan Enam perlu melapor diri pada 16 Julai bagi sekolah dalam negeri Kumpulan A dan 17 Julai bagi sekolah dalam negeri Kumpulan B di Kolej atau Pusat Tingkatan 6 yang dinyatakan dalam surat tawaran, manakala pengambilan rayuan, tarikh lapor diri pada 25 Julai.