- Iklan -
Berita

Speaker serah watikah bubar DUN Selangor kepada SPR

Penyerahan notis dibuat pagi ini selepas Sultan Selangor Sultan Sharafuddin Idris Shah berkenaan menandatangani watikah pembubaran DUN pada Isnin lepas.

Bernama
1 minit bacaan
Kongsi
Pengundi menunggu giliran untuk membuang undi di Kulim bagi pilihan raya kerusi Parlimen Padang Serai semalam. Gambar: Bernama
Pengundi menunggu giliran untuk membuang undi di Kulim bagi pilihan raya kerusi Parlimen Padang Serai semalam. Gambar: Bernama

Speaker Dewan Undangan Negeri (DUN) Selangor Ng Suee Lim menyerahkan watikah pembubaran DUN kepada Pengarah Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) Selangor Shafie Taib di Bangunan Sultan Abdul Aziz Shah di Shah Alam, pagi tadi.

Penyerahan notis dibuat selepas Sultan Selangor Sultan Sharafuddin Idris Shah berkenaan menandatangani watikah pembubaran DUN pada Isnin lepas, sekali gus membuka jalan kepada Pilihan Raya Negeri (PRN) diadakan.

Selangor antara enam negeri yang akan mengadakan PRN selain Negeri Sembilan, Pulau Pinang, Kedah, Kelantan dan Terengganu.