- Iklan -
Berita

Pengusaha ladang durian tanpa permit di Raub perlu diberi geran, kata wakil rakyat PH

Ahli Parlimen Raub Chow Yu Hui berkata pekebun merupakan mangsa kepada sistem negara.

Azzman Abdul Jamal
1 minit bacaan
Kongsi
Pekerja ladang membuka buah durian yang baru gugur dari pokok.
Pekerja ladang membuka buah durian yang baru gugur dari pokok.

Pekebun yang mengusahakan tanaman durian tanpa permit di Raub adalah mangsa kepada sistem negara dan perlu diberikan geran tanah serta kebenaran bercucuk tanam kerana itu adalah hak asasi manusia, kata Ahli Parlimen Raub Chow Yu Hui.

Bercakap di Dewan Rakyat hari ini, wakil rakyat Pakatan Harapan (PH) itu berkata, tindakan pengusaha ladang durian yang bercucuk tanam tanpa kebenaran itu tidak boleh dianggap sebagai satu pencerobohan memandangkan mereka sudah berbuat demikian sejak 1970-an selepas digalakkan oleh kerajaan negeri.

Justeru, beliau menyarankan supaya Suruhanjaya Hak Asasi Manusia Malaysia (Suhakam) meninjau isu itu dari sudut aspek hak asasi manusia demi memperjuangkan keadilan bagi pihak mereka.

"Pekebun ini merupakan mangsa kepada sistem negara," katanya pada sesi perbahasan Laporan Tahunan Suhakam.

"Walaupun mereka digalakkan untuk jalankan aktiviti pertanian dan usahakan ‘Musang King’ sebagai jenama terkemuka di antarabangsa namun sumbangan mereka tidak pernah diiktiraf.

"Pekebun tidak henti memohon permit atau geran menerusi saluran formal tetapi ditolak atau diabaikan oleh pihak berkuasa negeri."

Susulan itu, Ahli Parlimen Kulim Bandar Baharu Roslan Hashim daripada Perikatan Nasional (PN) mencelah dan menerangkan tindakan bercucuk tanam tanpa kebenaran di tanah kerajaan itu dianggap sebagai satu pencerobohan.

"Saya rasa itu bukan termasuk dalam hak asasi manusia.

“Itu adalah pencerobohan," kata Roslam yang meminta Chow perbetulkan kenyataan terdahulu.

Bagaimanapun, Chow tidak bersetuju dengan "tanggapan" itu kerana golongan pengusaha durian itu bercucuk tanam sejak berpuluh tahun.

"Yang ini apa yang sebelah sana (pembangkang) anggap tetapi mereka sudah bercucuk tanam beberapa puluh tahun.

"Ini adalah hak asasi mereka untuk dapat kebenaran dan geran," katanya.

Ikuti kami di WhatsApp & Telegram

Dapatkan pandangan eksklusif berita terkini Malaysia.

Langgan berita kami

Anda akan menerima berita terkini dan analisis harian.

Kongsi