- Iklan -
Berita

Orang Melayu-Islam akan sokong Umno, kata Zahid

Presiden Umno itu berkata, Umno mempunyai pasukan yang kuat untuk menentang pencabarnya.

Staff Writers
1 minit bacaan
Kongsi
Presiden Umno Ahmad Zahid Hamidi bercakap kepada wartawan semasa sidang media yang diadakan sempena Perhimpunan Agung Umno 2023 di Pusat Dagangan Dunia di Kuala Lumpur hari ini. Gambar: Bernama
Presiden Umno Ahmad Zahid Hamidi bercakap kepada wartawan semasa sidang media yang diadakan sempena Perhimpunan Agung Umno 2023 di Pusat Dagangan Dunia di Kuala Lumpur hari ini. Gambar: Bernama

Presiden Umno Ahmad Zahid Hamidi melahirkan keyakinan terhadap peluang parti itu pada Pilihan Raya Negeri (PRN) akan datang.

Timbalan perdana menteri itu berkata, Umno mempunyai pasukan yang kuat untuk menentang pencabarnya. 

Zahid juga menafikan khabar angin bahawa 10 pemimpin Umno akan menyertai parti lain menjelang PRN tersebut, dengan mengatakan ia tidak akan melemahkan sokongan pengundi kepada parti itu.

“Telah beberapa kali keadaan itu berlaku (pemimpin keluar parti), (namun) insya-Allah Umno tetap Umno, rakyat khususnya orang Melayu dan umat Islam akan terus sokong Umno,” katanya kepada pemberita sempena Perhimpunan Agung Umno di Pusat Dagangan Dunia.

Beliau berkata Umno dan sekutunya dalam kerajaan akan menggunakan strategi "retain and regain" dalam PRN, di mana mereka bukan sahaja akan berjuang untuk mempertahankan kerusi yang disandang, tetapi juga akan bekerja keras untuk mendapatkan semula kawasan pilihan raya yang tewas sebelum ini.

“Ini yang akan kita lakukan, retain and regain, dan perkara ini kita akan susun atur gerak bersekali dengan rakan-rakan politik lain, insya-Allah apabila kerusi DUN (Dewan Undangan Negeri) bubar akhir bulan ini, gerak kerja kita akan bertambah rancak,” katanya seperti dilaporkan Bernama.