- Iklan -
Berita

Kerajaan tarik balik rayuan terhadap keputusan penggunaan kalimah Allah

Notis pemberhentian rayuan semakan kehakiman difailkan oleh Pejabat Peguam Negara pada 18 April.

Staff Writers
1 minit bacaan
Kongsi
Kompleks Mahkamah Kuala Lumpur yang menempatkan Mahkamah Tinggi.
Kompleks Mahkamah Kuala Lumpur yang menempatkan Mahkamah Tinggi.

Kerajaan dan Kementerian Dalam Negeri (KDN) menarik balik rayuan terhadap keputusan Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur yang memutuskan penganut agama Kristian dibenarkan menggunakan kalimah Allah, Baitullah, Kaabah dan solat dalam penerbitan bahan agama Kristian bagi tujuan pembelajaran.

Menurut laporan Sinar Harian, notis pemberhentian rayuan semakan kehakiman berkenaan difailkan Pejabat Peguam Negara pada 18 April lalu di Pejabat Pendaftar Mahkamah Rayuan di Putrajaya.

Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur pada 10 Mac 2021 memutuskan bahawa penganut agama Kristian boleh menggunakan kalimah Allah bersama tiga perkataan Arab lain – Baitullah, kaabah dan solat – dalam penerbitan agama mereka untuk tujuan pendidikan. 

Hakim Nor Bee Ariffin membenarkan permohonan semakan kehakiman oleh penganut agama Kristian dari Sarawak, Jill Ireland Lawrence Bill, yang mempertikaikan undang-undang mengenai perkara itu bermula 13 tahun lalu. 

Nor Bee dalam keputusannya memutuskan bahawa arahan 1986 oleh Kementerian Dalam Negeri yang menghalang penggunaan empat perkataan itu dipenuhi adalah tidak sah dan tidak rasional. 

Beliau juga berkata perkataan itu boleh digunakan oleh masyarakat Kristian untuk tujuan pembelajaran kerana ia telah digunakan selama lebih 400 tahun. 

Bagaimanapun, Putrajaya membuat rayuan, mengatakan ia "tidak berpuas hati" dengan keputusan itu.

Sementara itu, Menteri Dalam Negeri Saifuddin Nasution Ismail hari ini mengesahkan bahawa kementeriannya telah memutuskan untuk menarik balik rayuan itu, sambil menambah notis telah dihantar kepada Kabinet beberapa bulan lalu. 

"Ia adalah pendirian yang diambil oleh Kementerian Dalam Negeri, dan saya sudah memaklumkan kepada Kabinet, yang saya lakukan beberapa bulan lalu," katanya dipetik oleh The Malay Mail.

- Iklan -

Paling Popular

Tiada artikel ditemui.