- Iklan -
Berita

Charles Santiago dilantik semula sebagai pengerusi SPAN

Pelantikannya sebagai pengerusi Suruhanjaya Perkhidmatan Air Negara berkuat kuasa pada 20 Mac.

Bernama
1 minit bacaan
Kongsi
Bekas ahli Parlimen Klang Charles Santiago. Gambar: Bernama
Bekas ahli Parlimen Klang Charles Santiago. Gambar: Bernama

Bekas Ahli Parlimen Klang Charles Anthony Santiago dilantik sebagai Pengerusi Suruhanjaya Perkhidmatan Air Negara (SPAN) berkuat kuasa 20 Mac lepas.

SPAN menerusi satu kenyataan hari ini berkata pelantikan Santiago itu melengkapkan barisan kepimpinan anggota suruhanjaya baharu SPAN bagi penggal 2023 hingga 2025.

Santiago pernah dilantik sebagai pengerusi SPAN sebelum ini bagi tempoh dua tahun bermula 1 November 2018 hingga 31 Oktober 2020 namun perkhidmatan beliau ditamatkan lebih awal iaitu pada 10 April 2020.

Dalam kenyataan sama, Menteri Sumber Asli, Alam Sekitar dan Perubahan Iklim Nik Nazmi Nik Ahmad berharap kepimpinan baharu SPAN dapat membantu mencapai objektif agenda Transformasi Sektor Air (WST 2040).