- Iklan -
Berita

‘Datuk Roy’ dibebas dengan jaminan SPRM

Ahli perniagaan itu akan dibawa ke ibu pejabat SPRM di Putrajaya esok untuk permohonan reman bagi satu lagi kes.

Bernama
1 minit bacaan
Kongsi
Logo Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) di ibu pejabat di Putrajaya, 1 Mac.
Logo Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) di ibu pejabat di Putrajaya, 1 Mac.

Seorang ahli perniagaan dikenali sebagai “Datuk Roy” yang direman tiga hari bagi membantu siasatan kes rasuah melibatkan program JanaWibawa, dibebaskan dengan jaminan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) hari ini.

Peguam Fahmi Abd Moin memberitahu pemberita bahawa Majistret Noorelynna Hanim Abd Halim membebaskan individu berusia 54 tahun itu selepas pihak SPRM tidak mengemukakan permohonan untuk lanjutan reman.

“Anak guam saya akan dibawa ke ibu pejabat SPRM di Putrajaya esok bagi permohonan reman untuk kes lain,” kata peguam itu.

Pada Isnin lepas, lelaki itu menyerah diri di pejabat SPRM Kuala Lumpur pada 2.30 petang, sebelum direman selama tiga hari bermula Selasa bagi membantu siasatan mengikut Seksyen 17(a) Akta SPRM 2009 atas kesalahan menerima rasuah.