- Iklan -
Berita

Kes baru Covid-19 catat 223 jangkitan, tiada kematian

Sebanyak 193 pesakit turut dilaporkan sembuh, menjadikan jumlah keseluruhan kes sembuh sebanyak 4,998,845.

Staff Writers
1 minit bacaan
Kongsi
Seorang lelaki memegang patung beruang sambil memilih gubahan bunga di sebuah gerai sempena sambutan Hari Kekasih di Taman Kuchai pada 14 Februari.
Seorang lelaki memegang patung beruang sambil memilih gubahan bunga di sebuah gerai sempena sambutan Hari Kekasih di Taman Kuchai pada 14 Februari.

223 kes baru Covid-19 direkodkan semalam menjadikan jumlah keseluruhan sebanyak 5,045,192 kes.

Sebanyak 193 pesakit turut dilaporkan sembuh, menjadikan jumlah keseluruhan kes sembuh sebanyak 4,998,845.

Ketika ini, 9,380 kes aktif direkodkan di mana 9,077 atau 96.8% daripadanya menjalani kuarantin kendiri.

Tiada pesakit ditempatkan ke pusat kuarantin sementara 298 (3.2%) kes dimasukkan ke hospital.

Kes yang memerlukan rawatan di unit rawatan rapi (ICU) adalah sebanyak lima kes dan empat daripadanya memerlukan bantuan alat pernafasan.

Tiada kematian dicatatkan menjadikan keseluruhan korban akibat wabak itu kekal sebanyak 36,967 orang.