- Iklan -
Berita

Muhyiddin sahkan dipanggil ke SPRM esok

Pengerusi Perikatan Nasional (PN) itu turut menafikan laporan sebuah portal berita pro Pakatan Harapan (PH) berhubung penahanannya di padang kelab golf hari ini.

Staff Writers
1 minit bacaan
Kongsi
Pengerusi Perikatan Nasional Muhyiddin Yassin.
Pengerusi Perikatan Nasional Muhyiddin Yassin.

Muhyiddin Yassin mengesahkan bahawa beliau dipanggil untuk hadir ke ibu pejabat Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) pada jam 11 pagi, esok.

Pengerusi Perikatan Nasional (PN) itu turut menafikan laporan sebuah portal berita pro Pakatan Harapan (PH) berhubung penahanannya di padang kelab golf hari ini.

“Hari ini saya  hadir ke beberapa mesyuarat berkaitan Perhimpunan Agung Tahunan Bersatu yang akan bermula Jumaat ini,” tulis Muhyiddin di Facebook.

“Bagaimanapun esok Khamis saya diminta ke Ibu pejabat Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) pada 11 pagi.

MalaysiaNow sebelum ini melaporkan, Muhyiddin dipercayai berada dalam senarai pemimpin pembangkang yang akan didakwa.

Difahamkan bekas perdana menteri itu akan ditahan dan dihadapkan ke mahkamah paling awal esok.

Setakat ini, masih belum jelas pertuduhan yang akan dikenakan terhadap presiden Bersatu itu yang mengetuai kerajaan semasa kemuncak pandemik Covid-19.

Akan tetapi desas-desus ini muncul selepas beberapa minggu pemimpin kerajaan menyerang Bersatu, disusuli dengan soal siasat terhadap pemimpin parti itu berhubung dakwaan penyelewengan yang dikaitkan dengan JanaWibawa, program pasca Covid-19 untuk membantu kontraktor Bumiputera.

Ikuti kami di WhatsApp & Telegram

Dapatkan pandangan eksklusif berita terkini Malaysia.

Langgan berita kami

Anda akan menerima berita terkini dan analisis harian.

Kongsi