Platform awan Amazon labur AS$6 bilion di Malaysia menjelang 2037
Ini merupakan langkah terbaru syarikat tersebut dalam rancangannya untuk membina wilayah infrastruktur AWS di seluruh Asia Tenggara.
Terkini
Amazon Web Services (AWS), bahagian pengkomputeran awan Amazon.com Inc, berkata syarikat itu merancang untuk melabur sebanyak AS$6 bilion (RM25.5 bilion) di Malaysia dalam tempoh 14 tahun akan datang bagi mengukuhkan infrastruktur perkhidmatan awannya di negara ini.
Ini merupakan langkah terbaru syarikat tersebut dalam rancangannya untuk membina wilayah infrastruktur AWS di seluruh Asia Tenggara.
Hab infrastruktur itu akan membolehkan pelanggan di rantau ini menyimpan data dengan selamat, menurut anak syarikat Amazon.com itu dalam satu kenyataan.
Platform awan AWS menawarkan lebih 200 perkhidmatan, termasuk storan, robotik dan kecerdasan buatan.
Tahun lalu, AWS mengumumkan pelaburan sebanyak AS$5 bilion di Thailand.
Ikuti kami di WhatsApp & Telegram
Dapatkan pandangan eksklusif berita terkini Malaysia.
Langgan berita kami
Anda akan menerima berita terkini dan analisis harian.