- Iklan -
Berita

Covid-19: Sebanyak 173 kes baru, tiada kematian dilaporkan

Seramai 12 pesakit di ICU dengan tujuh memerlukan alat bantuan pernafasan.

Staff Writers
1 minit bacaan
Kongsi
Beberapa pengguna pengangkutan awam di KL Sentral, Kuala Lumpur dilihat masih memakai pelitup muka, 21 September, 2022.
Beberapa pengguna pengangkutan awam di KL Sentral, Kuala Lumpur dilihat masih memakai pelitup muka, 21 September, 2022.

Sebanyak 173 lagi kes Covid-19 direkodkan semalam, menjadikan jumlah jangkitan meningkat kepada 5,042,188.

Terdapat 254 kes pulih, menjadikan jumlah sembuh kepada 4,996,057.

Ketika ini terdapat 9,174 kes aktif, di mana 8,845 atau 96.4% daripadanya sedang menjalani kuarantin di rumah.

Sementara itu, tiada pesakit ditempatkan di pusat kuarantin manakala 317 (3.5%) dimasukkan ke hospital.

Seramai 12 pesakit berada di unit rawatan rapi (ICU) dengan tujuh daripada mereka memerlukan alat bantuan pernafasan.

Tiada kematian baharu dilaporkan. Jumlah kematian kekal pada 36,957.

- Iklan -

Paling Popular

Tiada artikel ditemui.