- Iklan -
Berita

Tengku Zafrul dilantik ahli MT Umno

Dilantik oleh presiden Umno, beliau mengangkat sumpah jawatan itu sebelum mesyuarat MT semalam.

Bernama
1 minit bacaan
Kongsi
Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri Tengku Zafrul Aziz. Gambar: Bernama
Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri Tengku Zafrul Aziz. Gambar: Bernama

Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri, Tengku Zafrul Tengku Abdul Aziz hari ini dilantik sebagai ahli Majlis Tertinggi (MT) Umno.

Beliau mengangkat sumpah jawatan itu sebelum mesyuarat MT malam semalam.

Setiausaha Agung Umno, Ahmad Maslan menerusi ciapan Twitternya, berkata Tengku Zafrul dilantik oleh Presiden Umno Ahmad Zahid Hamidi.

"Mesyuarat MT #UMNO pada 16 Februari dimulakan dengan senator Tengku Zafrul mengangkat sumpah sebagai Ahli MT yang dilantik oleh presiden Umno," katanya.