- Iklan -
Berita

Kes harian Covid-19 catat 101 jangkitan, tiada kematian

Sebanyak 315 pesakit turut dilaporkan sembuh, menjadikan jumlah keseluruhan kes sembuh sebanyak 4,988,134.

Staff Writers
1 minit bacaan
Kongsi
Beberapa pelanggan yang berurusan di kaunter pejabat Pos Malaysia di Taman Dagang, Ampang masih memakai pelitup muka sebagai satu langkah pencegahan bagi mengelakkan penularan virus Covid-19, 19 Disember 2022.

Sejumlah 101 kes baru Covid-19 direkodkan semalam menjadikan jumlah keseluruhan sebanyak 5,035,073 kes.

Sebanyak 315 pesakit turut dilaporkan sembuh, menjadikan jumlah keseluruhan kes sembuh sebanyak 4,988,134.

Ketika ini, 9,998 kes aktif direkodkan di mana 9,635 atau 96.4% daripadanya menjalani kuarantin kendiri.

Tiada pesakit ditempatkan ke pusat kuarantin sementara 351 (3.5%) kes dimasukkan ke hospital.

Kes yang memerlukan rawatan di unit rawatan rapi (ICU) adalah sebanyak 12 kes dan 10 daripadanya memerlukan bantuan alat pernafasan.

Tiada kematian dicatatkan menjadikan keseluruhan korban akibat wabak itu kekal sebanyak 36,932 orang.