- Iklan -
Berita

Jangkitan harian catat 142 kes, tiada kematian

Sebanyak 267 pesakit turut dilaporkan sembuh, menjadikan jumlah keseluruhan kes sembuh sebanyak 4,987,828.

Staff Writers
1 minit bacaan
Kongsi
Penghantar makanan dalam talian meredah hujan lebat ketika menghantar pesanan kepada pelanggan di Taman Nirwana, Ampang, 9 Disember 2022.
Penghantar makanan dalam talian meredah hujan lebat ketika menghantar pesanan kepada pelanggan di Taman Nirwana, Ampang, 9 Disember 2022.

Sejumlah 142 kes baru Covid-19 direkodkan semalam menjadikan jumlah keseluruhan sebanyak 5,034,972 kes.

Sebanyak 267 pesakit turut dilaporkan sembuh, menjadikan jumlah keseluruhan kes sembuh sebanyak 4,987,828.

Ketika ini, 10,212 kes aktif direkodkan di mana 9,859 atau 96.5% daripadanya menjalani kuarantin kendiri.

Tiada pesakit ditempatkan ke pusat kuarantin sementara 337 (3.3%) kes dimasukkan ke hospital.

Kes yang memerlukan rawatan di unit rawatan rapi (ICU) adalah sebanyak 16 kes dan 11 daripadanya memerlukan bantuan alat pernafasan.

Tiada kematian dicatatkan menjadikan keseluruhan korban akibat wabak itu kekal sebanyak 36,932 orang.