- Iklan -
Berita

Covid-19: Catat 350 kes baru, 5 kematian

Sebanyak 349 pesakit turut dilaporkan sembuh, menjadikan jumlah keseluruhan kes sembuh sebanyak 4,986,008.

Staff Writers
1 minit bacaan
Kongsi
Peniaga Ahmad Mat, 55, yang menyediakan perkhidmatan gunting rambut di ibu kota tetap mengamalkan prosedur operasi standard dengan memakai pelitup muka meskipun negara sudah beralih ke fasa pemulihan.

Sejumlah 350 kes baru Covid-19 direkodkan semalam menjadikan jumlah keseluruhan sebanyak 5,033,254 kes.

Sebanyak 349 pesakit turut dilaporkan sembuh, menjadikan jumlah keseluruhan kes sembuh sebanyak 4,986,008.

Ketika ini, 10,327 kes aktif direkodkan di mana 9,901 atau 95.9% daripadanya menjalani kuarantin kendiri.

Tiada pesakit ditempatkan ke pusat kuarantin sementara 410 (4%) kes dimasukkan ke hospital.

Kes yang memerlukan rawatan di unit rawatan rapi (ICU) adalah sebanyak 16 kes dan separuh daripadanya memerlukan bantuan alat pernafasan.

Lima kematian dicatatkan termasuk dua kes sebelum tiba di hospital menjadikan keseluruhan korban akibat wabak itu sebanyak 36,919 orang.