- Iklan -
Berita

Angka korban tanah runtuh meningkat 26 orang

Mayat seorang lelaki dewasa dijumpai pada pada pukul 11.16 pagi tadi.

Bernama
1 minit bacaan
Kongsi
Seorang anggota penyelamat menggunakan khidmat anjing pengesan di tapak runtuhan tanah Batang Kali, Selangor bagi mencari mangsa yang masih hilang. Gambar: Bernama
Seorang anggota penyelamat menggunakan khidmat anjing pengesan di tapak runtuhan tanah Batang Kali, Selangor bagi mencari mangsa yang masih hilang. Gambar: Bernama

Satu lagi mayat mangsa insiden tanah runtuh di tapak perkhemahan Father’s Organic Farm, Batang Kali ditemui hari ini, menjadikan jumlah kematian akibat tragedi itu kini adalah 26. 

Jabatan Bomba dan Penyelamat (JBPM) dalam kenyataan di laman Facebook yang memetik sumber Pusat Pengurusan Operasi JBPM berkata satu mayat lelaki dewasa ditemukan pada pukul 11.16 pagi di sektor B (kem Farmview).

Kenderaan yang membawa mayat itu dilihat keluar dari lokasi pencarian pada kira-kira pukul 11.57 pagi.

Perkembangan terbaru itu menjadikan jumlah mangsa yang masih hilang adalah tujuh, manakala 61 selamat, daripada keseluruhan 94 mangsa insiden itu yang berlaku pada 2.42 pagi, Jumaat lepas.

JBPM hari ini memaklumkan pasukan mencari dan penyelamat akan membuat penggalian lebih dalam bagi mencari mangsa di kawasan kejadian selepas mengambil kira penemuan mangsa ke-25 semalam yang dijumpai pada kedalaman "luar jangkaan" iaitu kira-kira 17 meter di sektor C (Riverside).

- Iklan -

Paling Popular

Tiada artikel ditemui.