- Iklan -
Berita

Umno pecat Annuar Musa, 2 pemimpin Wanita

Keputusan pemecatan itu dibuat semasa mesyuarat Majlis Kerja Tertinggi Umno malam tadi.

Staff Writers
1 minit bacaan
Kongsi
Bekas ahli Parlimen Ketereh Annuar Musa.
Bekas ahli Parlimen Ketereh Annuar Musa.

Majlis Kerja Tertinggi (MKT) Umno memecat Annuar Musa, dalam langkah yang dilihat cuba menyekat suara kritikan terhadap presidennya, Ahmad Zahid Hamidi yang membuat keputusan bekerjasama dengan Pakatan Harapan (PH) untuk membentuk kerajaan.

Mesyuarat malam tadi yang dipengerusikan Zahid turut mengambil keputusan untuk memecat Ketua Wanita Umno Bahagian Arau Shamsiah Yasin yang merupakan isteri bekas ketua Umno Perlis Shahidan Kasim, yang sebelum ini dipecat selepas bertanding di bawah tiket Perikatan Nasional (PH) pada Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15) baru-baru ini.

Seorang lagi ahli yang dipecat adalah Fatimah Kassim, yang merupakan isteri Ahli Parlimen Maran Ismail Abd Muttalib yang   turut bertanding di bawah PN.