Zahid mengaku kalah ketika keputusan BN lebih teruk dari 2018
Keputusan pilihan raya yang mula diumumkan lewat tengah malam menunjukkan PN dan Pakatan Harapan memenangi banyak kerusi.
Terkini
Pengerusi Barisan Nasional (BN) Ahmad Zahid Hamidi berkata beliau menerima keputusan Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15) yang menyaksikan yang rekod terburuk bagi mereka dalam sejarah, walaupun mendesak pembubaran dengan penuh keyakinan selepas kemenangan dua pilihan raya negeri sebelum ini.
"BN menganggap bahawa keputusan PRU15 ini merupakan suatu isyarat besar yang diberikan rakyat terhadap kami," kata Zahid dalam satu kenyataan ketika keputusan menunjukkan BN hilang banyak kerusi kepada Perikatan Nasional (PN).
Zahid yang juga presiden Umno, mengetuai beberapa siri tekanan kepada Perdana Menteri Ismail Sabri Yaakob untuk mengadakan pilihan raya tergempar selain mengetuai partinya untuk memutuskan hubungan dengan Bersatu dan PN.
Setakat ini keputusan PRU15 menunjukkan PN dan PH memenangi kebanyakan kerusi di hampir setiap negeri.
PN bukan sahaja berjaya merampas Putrajaya, tetapi merampas kerusi kubu kuat Umno seperti Padang Rengas, Pasir Salak dan Kepala Batas.
Zahid berkata, walaupun kalah di banyak kerusi, BN komited untuk memastikan kerajaan yang stabil.
“Kami bersedia mengenepikan perbedaan sentimen kami sebelum ini,” katanya dan menambah gabungan BN akan memfokuskan kepada "memahami keperluan generasi baru”.
Ikuti kami di WhatsApp & Telegram
Dapatkan pandangan eksklusif berita terkini Malaysia.
Langgan berita kami
Anda akan menerima berita terkini dan analisis harian.
Artikel Berkaitan
Paling Popular
Tiada artikel ditemui.
