- Iklan -
Kandungan Berjenama

'Di Sebalik Nama Ismail Sabri' simpulkan usaha PM pulihkan negara

Sejak mengambil alih pentadbiran negara pada Ogos 2021, perdana menteri itu memikul tanggungjawab besar dalam mengemudi negara berdepan pandemik dan impaknya terhadap ekonomi negara

Azzman Abdul Jamal
2 minit bacaan
Kongsi
Perdana Menteri Ismail Sabri Yaakob beramah mesra bersama penduduk kampung Mengkarak Stesen sempena kempen Pilihan Raya Umum ke-15 di Bera, Pahang. Gambar: Bernama
Perdana Menteri Ismail Sabri Yaakob beramah mesra bersama penduduk kampung Mengkarak Stesen sempena kempen Pilihan Raya Umum ke-15 di Bera, Pahang. Gambar: Bernama

Dokumentari "Di Sebalik Nama Ismail Sabri" yang disiarkan oleh Astro Awani malam tadi menceritakan usaha inisiatif yang dilaksanakan Ismail Sabri Yaakob ketika ahli Parlimen Bera itu menjadi perdana menteri.

Sejak mengambil alih pentadbiran negara daripada Muhyiddin Yassin yang memimpin kerajaan Perikatan Nasional (PN) pada Ogos 2021, naib presiden Umno itu memikul tanggungjawab besar untuk mengemudi negara berdepan dengan pelbagai musibah seperti ancaman Covid-19 yang terus menjejaskan prestasi ekonomi dan kehidupan rakyat.

Di tengah-tengah usaha melaksanakan pemulihan negara, Ismail juga perlu menangani suasana ketidakstabilan politik yang membebankan lagi tugasnya yang sedia sukar.

Bagaimanapun, pimpinan beliau berjaya mendorong ke arah "gencatan politik" buat sementara waktu apabila kerajaan yang diterajuinya berjaya melaksanakan perjanjian persefahaman (MoU) bersama pembangkang Pakatan Harapan (PH), satu usaha yang tidak pernah disaksikan sebelum ini.

Langkah ini memberi ruang kepada Ismail dan barisan menteri Kabinet menumpukan segala usaha memulihkan keadaan ekonomi dan memastikan negara menuju ke arah peralihan ke endemik.

Selain itu, antara inisiatif Ismail yang bakal dikenang sebagai legasi beliau ialah konsep Keluarga Malaysia yang mana gagasan ini mencerminkan usaha pentadbirannya yang memfokuskan bukan saja pembangunan ekonomi, tetapi juga menambah baik perpaduan masyarakat.

Konsep Keluarga Malaysia menolak tepi perbezaan latar belakang masyarakat dan bersatu menggembleng tenaga berdepan musibah yang sedang dihadapi negara serta merealisasikan Wawasan Kemakmuran Bersama 2030.

Dalam pada itu, inisiatif beliau memartabatkan bahasa Melayu juga menjadi tumpuan apabila menjadi perdana menteri Malaysiayang  pertama yang berucap dalam bahasa Kebangsaan pada Persidangan Agung Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) di New York.

Dokumentari tersebut turut menunjukkan kesungguhan perdana menteri kesembilan itu untuk menjadikan bahasa Melayu sebagai bahasa kedua di Asean.

Menuju ke akhir 2022, pentadbiran Ismail juga menyaksikan momentum pertumbuhan keluaran dalam negara kasar (KDNK) meningkat daripada 5% pada suku pertama kepada 8.9% pada suku kedua sebelum menokok ke 14.2% pada suku ketiga.

Pencapaian ini merupakan pencapaian tertinggi di peringkat Asia Tenggara.

Dokumentari ini juga meyimpulkan usaha pentadbiran beliau menangani isu inflasi serta mengurangkan pengangguran yang mana inisiatif ini turut mendorong kepada peningkatan KDNK.