- Iklan -
Berita

Polis minta bantuan kesan remaja hilang di Petaling Jaya

Ng Siew Ting dilaporkan hilang sejak meninggalkan rumahnya pada Khamis.

Bernama
1 minit bacaan
Kongsi
Ng Siew Ting dilaporkan hilang selepas keluar dari rumahnya di Petaling Jaya pada Khamis.
Ng Siew Ting dilaporkan hilang selepas keluar dari rumahnya di Petaling Jaya pada Khamis.

Polis memohon bantuan orang ramai untuk mengesan seorang remaja perempuan berusia 16 tahun yang dilaporkan hilang selepas keluar dari rumahnya di Petaling Jaya sejak Khamis lepas.

Ketua Polis Petaling Jaya Mohamad Fakhrudin Abdul Hamid berkata remaja itu dikenali sebagai Ng Siew Ting dengan alamat terakhirnya di No 9, Jalan PJU 10/13B Saujana Damansara, Damansara Damai, Petaling Jaya.

Beliau berkata pihaknya menerima laporan polis daripada penjaga mangsa dan remaja berkenaan tidak memaklumkan kepada keluarganya mengenai tujuan untuk keluar pada waktu itu.

“Ng mempunyai kad pengenalan bernombor 060825-14-1364, ketinggiannya lebih kurang 165 sentimeter, berbadan kurus berkulit kuning langsat dan berambut hitam pendek paras bahu.

“Remaja berkenaan berpakaian baju kemeja-T putih lengan pendek dan berseluar pendek hitam, berselipar serta membawa beg berwarna ungu atau biru,” katanya dalam kenyataan semalam.

Beliau meminta orang ramai yang mempunyai maklumat mengenai kehilangan remaja itu untuk tampil memberikan keterangan bagi membantu siasatan.

Fakhrudin berkata sebarang maklumat boleh disalurkan kepada Pegawai Penyiasat Bahagian Siasatan Jenayah Petaling Jaya Amir Hakimi Zakaria menerusi talian 012-3783178 atau ibu pejabat Polis Petaling Jaya 03-79662222.