- Iklan -
Berita

Amaran hujan berterusan di 4 negeri

Hujan berterusan dijangka melanda Kelantan, Pahang, Terengganu dan Johor bermula esok sehingga Jumaat.

Bernama
1 minit bacaan
Kongsi
Seorang penunggang motorsikal meredah becak air di Pasir Mas, Kelantan. Gambar: Bernama
Seorang penunggang motorsikal meredah becak air di Pasir Mas, Kelantan. Gambar: Bernama

Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia) mengeluarkan amaran hujan berterusan tahap waspada yang dijangka berlaku di Kelantan, Terengganu, Pahang dan Johor bermula esok hingga Jumaat ini.

Ketua Pengarah MetMalaysia Muhammad Helmi Abdullah berkata kawasan terlibat adalah seluruh Kelantan dan Terengganu, manakala di Pahang melibatkan Kuantan, Pekan dan Rompin, sementara di Johor membabitkan Mersing, Kota Tinggi dan Johor Bahru.

“Penumpuan angin timur laut dijangka berpotensi membawa hujan lebat dan angin kencang yang boleh menyebabkan banjir di kawasan berkedudukan rendah di kawasan terbabit,” katanya dalam kenyataan hari ini.