- Iklan -
Berita

Kerajaan setuju struktur semula 4 syarikat konsesi lebuh raya untuk kurangkan kadar tol

Sementara itu, Lebuhraya Bertingkat Damansara-Shah Alam akan beroperasi secara percuma untuk sebulan selepas pembukaannya.

Bernama
1 minit bacaan
Kongsi
Perdana Menteri Ismail Sabri Yaakob memeriksa Leburaya Bertingkat Damansara-Shah Alam ketika pelancarannya di Shah Alam hari ini. Gambar: Bernama
Perdana Menteri Ismail Sabri Yaakob memeriksa Leburaya Bertingkat Damansara-Shah Alam ketika pelancarannya di Shah Alam hari ini. Gambar: Bernama

Kerajaan bersetuju dengan cadangan penstrukturan semula empat syarikat konsesi lebuh raya bertol di bawah kendalian Projek Lintasan Kota Holdings Sdn Bhd (Prolintas) dan mengurangkan kadar tol bagi lebuh raya terlibat, kata Ismail Sabri Yaakob.

Perdana menteri berkata pengurangan kadar tol itu melibatkan Lebuhraya Bertingkat Ampang-Kuala Lumpur (Akleh), Lebuhraya Koridor Guthrie (GCE), Lebuhraya Kemuning-Shah Alam (LKSA) dan Lebuhraya Lingkaran Penyuraian Trafik Kajang (Silk), yang akan berkuat kuasa pada 12.01 tengah malam, 20 Oktober ini.

Sementara itu, pengurangan kadar tol bagi Lebuhraya Kajang-Seremban (LEKAS) dan Lebuhraya Sungai Besi (BESRAYA) di bawah Kumpulan IJM Corporation Berhad akan berkuat kuasa mulai 1 Jan 2023.

"Kesemua kerja-kerja penambahbaikan yang telah saya maklumkan sebentar tadi, mengambil kira penstrukturan semula kadar tol dengan perjanjian konsesi tambahan sedang dimuktamadkan.

"Melalui penstrukturan terbaharu ini, kerajaan telah menjimatkan sebanyak RM8.8 bilion anggaran dalam bentuk pampasan yang sepatutnya dibayar kepada syarikat konsesi yang terlibat. Pengguna lebuh raya pula bakal menikmati kadar tol yang lebih rendah sekali gus dapat meringankan beban kos sara hidup," kata beliau.

Perdana menteri berkata demikian ketika berucap merasmikan pembukaan Lebuhraya Bertingkat Damansara-Shah Alam (DASH), di Shah Alam hari ini.