PRU15 boleh diadakan sebelum pertengahan November, kata Umno
Bagaimanapun Setiausaha Agung Umno Ahmad Maslan berkata Umno menyerahkan kepada kebijaksanaan pihak Suruhanjaya Pilihan Raya untuk menentukan tarikh PRU15.
Terkini
Umno berpendapat Pilihan Raya Umum Ke-15 (PRU15) boleh diadakan sebelum pertengahan November, kata Setiausaha Agung Umno Ahmad Maslan.
Bagaimanapun beliau berkata Umno menyerahkan kepada kebijaksanaan pihak Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) untuk menentukan tarikh PRU15.
“Umno berpendirian pembubaran Parlimen adalah merupakan jalan terbaik, memandangkan wakil parti-parti yang membentuk kerajaan campuran sebelum ini makin jelas tidak memperlihatkan solidariti terhadap Perdana Menteri (Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob), dalam mentadbir negara.
“Malah mengisytiharkan Umno dan BN (Barisan Nasional) sebagai musuh utama, hanya lebih menzahirkan tiadanya kepercayaan dan rasa hormat kepada Umno yang menerajui kerajaan,” katanya yang membaca kenyataan media selepas Mesyuarat Khas Majlis Tertinggi (MT) Umno malam tadi.
Terdahulu, Ismail dalam perutusan khas sempena pembubaran Parlimen Ke-14 memaklumkan, beliau telah mengadap dan mendapat perkenan Yang di-Pertuan Agong Sultan Abdullah Sultan Ahmad Shah tengah hari semalam, bagi menyembah warkah mengenai permohonan pembubaran Parlimen Ke-14.
Ikuti kami di WhatsApp & Telegram
Dapatkan pandangan eksklusif berita terkini Malaysia.
Langgan berita kami
Anda akan menerima berita terkini dan analisis harian.