- Iklan -
Berita

Tommy Thomas disiasat di bawah Akta Hasutan, salah guna kuasa

19 isu utama dikesan dalam siasatan terhadap buku memoir yang ditulis bekas peguam negara itu.

Staff Writers
1 minit bacaan
Kongsi
Bekas peguam negara Tommy Thomas. Gambar: AFP
Bekas peguam negara Tommy Thomas. Gambar: AFP

Bekas peguam negara, Tommy Thomas akan disiasat atas dakwaan menghasut dan beberapa dakwaan lain termasuk salah guna kuasa, kecuaian profesional dan hasutan. 

Dalam satu kenyataan, Perdana Menteri Ismail Sabri Yaakob memaklumkan pihaknya telah mendengar pembentang laporan pasukan petugas khas yang menyiasat buku Thomas, “My Story: Justice in the Wilderness” dalam mesyuarat jemaah menteri hari ini. 

Tommy disiasat di bawah Seksyen 124(1) Kanun Keseksaan berhubung penyebaran laporan palsu, Seksyen 4 Akta Hasutan 1948, Seksyen 8 Akta Rahsia Rasmi 1972 dan Seksyen 23 Akta Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia 2009.

"Pasukan petugas khas seterusnya telah mengemukakan beberapa syor untuk pertimbangan kerajaan bagi tujuan tindakan susulan yang wajar diambil.

"Sehubungan itu, saya telah mengarahkan agar siasatan lanjut segera dilaksanakan oleh agensi penguat kuasa berkaitan, bagi menyiasat
kemungkinan salah laku oleh Tommy Thomas," katanya dalam satu kenyataan hari ini.   

Siasatan terhadap Thomas dijalankan dalam tempoh sembilan bulan bermula Disember 2021 sehingga Ogos. 

Thomas berkhidmat sebagai peguam negara ketika Pakatan Harapan mentadbir Putrajaya, menggantikan Mohamed Apandi Ali. 

Beliau meletakkan jawatan selepas kejatuhan Pakatan Harapan paada 2020.