- Iklan -
Berita

Polis tahan lelaki berhubung hantaran barang kemas pembantu PM

Siasatan dijalankan mengikut Seksyen 500 Kanun Keseksaan dan Seksyen 233 Akta Komunikasi dan Multimedia.

Staff Writers
1 minit bacaan
Kongsi
Nazimah Hashim merupakan ketua setiausaha sulit perdana menteri yang mencetuskan kontroversi selepas didakwa memakai blazer dan barang kemas yang mahal Disember lalu.
Nazimah Hashim merupakan ketua setiausaha sulit perdana menteri yang mencetuskan kontroversi selepas didakwa memakai blazer dan barang kemas yang mahal Disember lalu.

Polis menahan seorang lelaki berhubung hantaran media sosial mengenai ketua setiausaha sulit perdana menteri, di mana pada tahun lalu mencetuskan kontroversi kerana didakwa memakai pakaian dan barang kemas mahal ke pejabat.

Lelaki berusia lewat 40-an itu ditahan di rumah ibunya kira-kira pukul 10 malam tadi.

Dia ditahan semalaman di Ibu Pejabat Polis Daerah Putrajaya dan dibawa ke mahkamah untuk mendengar permohonan reman pagi ini.

Siasatan dikatakan mengikut Seksyen 500 Kanun Keseksaan dan Seksyen 233 Akta Komunikasi dan Multimedia.

Pada Disember 2021, Ketua Setiausaha Sulit Perdana Menteri Nazimah Hashim dikecam pengguna media sosial selepas gambarnya memakai blazer mahal yang dianggarkan berharga RM4,000 tular.

Harga sebenar blazer tersebut sebelum diskaun dikatakan berharga RM7,000.

Nazimah turut didakwa memakai dua rantai leher berharga RM73,000 dan RM266,000, selain barangan yang kelihatan seperti kerongsang berjenama Chanel dikatakan berharga RM2,730.