Polis sahkan Hadi beri keterangan di Bukit Aman
Abdul Hadi hadir bersama peguam ketika sesi beri keterangan di pejabat.
Terkini
Polis mengesahkan Presiden PAS Abdul Hadi Awang hadir ke Bukit Aman hari ini bagi memberi keterangan berkenaan kenyataannya yang mendakwa komuniti bukan Islam dan bukan bumiputera paling ramai terbabit rasuah.
Tanpa memberi butiran lanjut, Ketua Komunikasi Korporat PDRM A Skandaguru berkata Abdul Hadi hadir bersama peguamnya.
"Beliau telah memberikan kerjasama sepanjang sesi rakaman keterangan berlangsung. Siasatan dikendalikan oleh Unit Siasatan Jenayah Terkelas (USJT), Jabatan Siasatan Jenayah (JSJ) Bukit Aman," katanya dalam kenyataan malam tadi.
Pada Ahad, polis telah membuka kertas siasatan terhadap Hadi susulan kenyataannya yang mendakwa komuniti bukan Islam dan bukan bumiputera adalah golongan paling banyak terbabit rasuah.
Skandaguru sebelum ini dilaporkan berkata polis menerima 28 laporan berhubung kenyataan Hadi itu, dan siasatan dijalankan mengikut Seksyen 505 (C) Kanun Keseksaan kerana mengeluarkan kenyataan dengan niat mengapi-apikan mana-mana golongan dan Seksyen 233 Akta Komunikasi dan Multimedia kerana penggunaan tidak wajar kemudahan rangkaian atau perkhidmatan rangkaian.
Ikuti kami di WhatsApp & Telegram
Dapatkan pandangan eksklusif berita terkini Malaysia.
Langgan berita kami
Anda akan menerima berita terkini dan analisis harian.
Paling Popular
Tiada artikel ditemui.