Dewan Negara luluskan RUU anti lompat parti
Rang Undang-Undang Perlembagaan (Pindaan) (No. 3) 2022 itu dibentangkan untuk bacaan kali kedua hari ini.
Terkini
Pindaan Perlembagaan bagi melarang ahli Parlimen bertukar parti diluluskan oleh Dewan Negara hari ini.
Rang Undang-Undang Perlembagaan (Pindaan) (No.3) itu dibentangkan bagi bacaan kali kedua oleh Perdana Menteri Ismail Sabri.
Ia diluluskan dengan sokongan undi majoriti di Dewan Rakyat pada 28 Julai.
Menteri Undang-Undang Wan Junaidi Tuanku Jaafar berkata Ismail akan memaklumkan kepada kerajaan negeri untuk meminda perlembagaan di peringkat negeri selaras dengan RUU tersebut.
RUU tersebut mendapat sokongan dua pertiga majoriti diwakili 52 dari 60 senator ketika pengundian belah bahagi dijalankan.
Ketika mengumumkan keputusan, Yang di-Pertua Dewan Negara Rais Yatim berkata tujuh senator tidak hadir ketika pengundian.
Ikuti kami di WhatsApp & Telegram
Dapatkan pandangan eksklusif berita terkini Malaysia.
Langgan berita kami
Anda akan menerima berita terkini dan analisis harian.