- Iklan -
Berita

TNB giat pulihkan semula bekalan elektrik di beberapa bandar utama

Gangguan bekalan elektrik dilaporkan di Lembah Klang dan bandar lain di beberapa buah negeri.

Staff Writers
1 minit bacaan
Kongsi
Sebahagian besar kawasan di Kuala Lumpur terputus bekalan elektrik awal hari ini.
Sebahagian besar kawasan di Kuala Lumpur terputus bekalan elektrik awal hari ini.

Tenaga Nasional Berhad (TNB) hari ini memohon maaf kepada jutaan pelanggannya selepas ganguan bekalan elektrik berlaku di Lembah Klang dan beberapa kawasan lain.

Dalam sebuah hantaran Facebook, TNB berkata gangguan tersebut berlaku sejak 12.39 tengah hari tadi melibatkan 2.2GW yang merupakan 10% daripada keseluruhan permintaan bekalan.“

Antara kawasan yang terlibat termasuk Petaling Jaya, Cheras, Bangi, Bayan Lepas, Seberang Jaya, Panchor and Bandar Indera Mahkota.

Menurutnya, bekalan telah dipulihkan sepenuhnya dalam tempoh 20 hingga 40 minit.

“Usaha sedang giat dijalankan untuk memulihkan bekalan” kata TNB.

Dalam pada itu, Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) berkata gangguan bekalan elektrik itu juga turut menyebabkan lampu isyarat di sekitar Lembah Klang tidak berfungsi.

DBKL turut mengingatkan orang ramai supaya berhati-hati bagi mengelakkan sebarang kejadian tidak diingini berlaku.

"Petugas warden trafik DBKL telah diarahkan untuk mengawal & mengawasi trafik di jalan - jalan utama."

Awal hari ini, beberapa kawasan dilaporkan ketiadaan elektrik termasuk Petaling Jaya, Shah Alam, Ampang dan Kuala Lumpur.

Gangguan bekalan elektrik turut dilaporkan di Kuantan, Pahang dan Seremban, Negeri Sembilan.

Kali terakhir Malaysia mengalami gangguan bekalan elektrik besar pada 2005, apabila sebahagian besar kawasan terputus bekalan elektrik sepenuhnya berikutan kerosakan pada pencawang pembahagian utama di Selangor.