Petronas sahkan terima notis 'Saisie-arret', akan pertahan kedudukan
Syarikat petroleum itu berkata ia menanggap tindakan terhadapnya sebagai tidak berasas.
Terkini
Petronas menegaskan bahawa ia menganggap tindakan yang diambil terhadapnya sebagai tidak berasas dan akan terus mempertahankan kedudukan dari segi undang-undang dalam perkara itu.
Kenyataan yang dikeluarkan oleh Petronas itu merujuk kepada laporan media Financial Times yang bertajuk "Petronas subsidiaries seized as lawyers press $15bn claim on Malaysia".
“Kami mengesahkan bahawa kedua-dua anak syarikat dalam laporan tersebut telah menerima notis ‘Saisie-arret’ pada 11 Julai, 2022,” menurut syarikat minyak negara itu dalam sebuah kenyataan pada Selasa.
Petronas menjelaskan bahawa kedua-dua anak syarikatnya, Petronas Azerbaijan (Shah Deniz) S.à r.l. dan Petronas South Caucasus S.à r.l. telah melupuskan kesemua aset di Republik Azerbaijan dan hasil daripada pelupusan itu telahpun dipulangkan dengan sewajarnya.
Ikuti kami di WhatsApp & Telegram
Dapatkan pandangan eksklusif berita terkini Malaysia.
Langgan berita kami
Anda akan menerima berita terkini dan analisis harian.