- Iklan -
Berita

Kes harian turun ke paras 1,800 jangkitan, 8 lagi terkorban

Kadar penggunaan kemudahan ICU di seluruh negara kini sebanyak 61.5% dengan kes Covid-19 merangkumi 7.1%.

Staff Writers
1 minit bacaan
Kongsi
Penjual di Pasar Borong Selangor, Seri Kembangan melayan pelanggan sambil memakai pelitup muka bagi membendung Covid.
Penjual di Pasar Borong Selangor, Seri Kembangan melayan pelanggan sambil memakai pelitup muka bagi membendung Covid.

1,894 kes baru Covid-19 direkodkan hari ini menjadikan jumlah keseluruhan sebanyak 4,558,558 kes.

Sebanyak 1,944 pesakit turut dilaporkan sembuh, menjadikan jumlah keseluruhan kes sembuh sebanyak 4,494,711.

Ketika ini, 28,093 kes aktif direkodkan, dengan 26,894 atau 95.7% daripadanya sedang menjalani kuarantin kendiri.

Dalam pada itu, 15 (0.1%) kes kini berada di pusat kuarantin sementara 1,150 (4.1%) dimasukkan ke hospital.

Kes yang memerlukan rawatan di unit rawatan rapi (ICU) adalah sebanyak 34 kes dan 20 daripadanya memerlukan bantuan alat pernafasan.

Kadar penggunaan kemudahan ICU di seluruh negara kini sebanyak 61.0% dengan kes Covid-19 merangkumi 7.9%.

Lapan kematian termasuk satu kematian sebelum tiba di hospital dilaporkan menjadikan kes keseluruhan sebanyak 35,754 orang.