- Iklan -
Berita

Pelakon Adibah Noor meninggal dunia pada usia 51 tahun

Beliau dilaporkan menghembuskan nafas terakhir di sebuah hospital di ibu negara.

Staff Writers
1 minit bacaan
Kongsi
Pelakon terkenal Adibah Noor Mohamed Omar meninggal dunia di Kuala Lumpur pada pukul 7.45 malam tadi. Gambar: Facebook
Pelakon terkenal Adibah Noor Mohamed Omar meninggal dunia di Kuala Lumpur pada pukul 7.45 malam tadi. Gambar: Facebook

Pelakon Adibah Noor Mohamed Omar meninggal dunia pada pukul 7.45 malam pada usia 51 tahun selepas mengalami sesak nafas di sebuah sebuah hospital di Kuala Lumpur.

Berita mengenai kematiannya dikongsi seorang pelakon, Emylia Rosnaida.

“Allahuakbar sedihnya, terkejut dapat berita ni. Sahabat kita yang versatile Adibah Noor @adibahnoormohdomar, baru sahaja meninggal dunia,” katanya dalam sebuah hantaran Instagram.

Kemunculan Adibah sebagai seorang pelakon dikenali sejak 2005 selepas menyumbang lakonan dalam filem Sepet, Gubra dan Mukhsin karya Yasmin Ahmad

Beliau turut dikenali sebagai seorang hos dan turut aktif dalam bidang nyanyian dan dikenali dengan lagu Terlalu Istimewa dan pelbagai lagu single dan duet.

Adibah menjadi figura umum kerana sering mengulas isu-isu dalam negara termasuk politik, alam sekitar dan hak orang kurang upaya dan haiwan.