- Iklan -
Berita

Keputusan SPM 2021 keluar 16 Jun

Pelajar boleh mendapatkan keputusan mereka melalui mengambil slip di sekolah atau secara dalam talian.

Staff Writers
1 minit bacaan
Kongsi
Gambar fail pejar mengambil peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia pada Mac tahun ini.
Gambar fail pejar mengambil peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia pada Mac tahun ini.

Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) hari ini mengumumkan keputusan peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) bagi tahun 2021 akan dikeluarkan pada Khamis, 16 Jun 2022.

Dalam pada itu, bagi calon persendirian, slip keputusan akan dipos pada tarikh yang sama.

“Calon boleh mendapatkan keputusan peperiksaan itu di sekolah masing-masing mulai pukul 10.00 pagi,” katanya dalam sebuah kenyataan.

Selain boleh mendapatkan slip di sekolah, pelajar juga boleh menyemak keputusan melalui beberapa kaedah lain termasuk dalam talian melalui laman sesawang myresultspm.moe.gov.my mulai pukul 10.00 pagi pada 16 Jun 2022 sehingga 6.00 petang pada 24 Jun 2022.

Calon juga boleh mendapatkan keputusan melalui sistem pesanan ringkas (SMS) dengan menaip SPMNoKPAngkaGiliran dan hantar ke 15888.

Sistem keputusan melalui SMS akan diaktifkan dalam tempoh yang sama sehingga pukul 6.00 petang 22 Jun 2022.