- Iklan -
Berita

Kes harian turun ke paras 2,100 jangkitan, 5 lagi terkorban

45,506 kes aktif direkodkan, dengan 97.2% daripadanya sedang menjalani kuarantin kendiri.

Staff Writers
1 minit bacaan
Kongsi
Seorang penjual memakai pelitup muka ketika sedang menyiapkan ikan yang dibeli pelanggan di Pasar Chow Kit, Kuala Lumpur.
Seorang penjual memakai pelitup muka ketika sedang menyiapkan ikan yang dibeli pelanggan di Pasar Chow Kit, Kuala Lumpur.

2,107 kes baru Covid-19 direkodkan hari ini menjadikan jumlah keseluruhan sebanyak 4,448,004 kes.

Sebanyak 6,890 pesakit turut dilaporkan sembuh, menjadikan jumlah keseluruhan kes sembuh sebanyak 4,366,951.

Ketika ini 45,506 kes aktif direkodkan, dengan 44,214 atau 97.2% daripadanya sedang menjalani kuarantin kendiri.

Dalam pada itu, 33 (0.1%) kes kini berada di pusat kuarantin sementara 1,190 (2.6%) dimasukkan ke hospital.

Kes yang memerlukan rawatan di unit rawatan rapi (ICU) adalah sebanyak 69 kes dan 45 daripadanya memerlukan bantuan alat pernafasan.

Kadar penggunaan kemudahan ICU di seluruh negara kini sebanyak 52.1% dengan kes Covid-19 merangkumi 9.3%.

Lima korban turut dilaporkan menjadikan kes keseluruhan kematian adalah sebanyak 35,547 orang.

Ikuti kami di WhatsApp & Telegram

Dapatkan pandangan eksklusif berita terkini Malaysia.

Langgan berita kami

Anda akan menerima berita terkini dan analisis harian.

Kongsi
- Iklan -

Paling Popular

Tiada artikel ditemui.