- Iklan -
Berita

Bekas KSN Ali Hamsa meninggal dunia

Beliau berkhidmat sebagai ketua setiausaha negara di bawah pentadbiran Najib Razak dan Dr Mahathir Mohamad.

Staff Writers
1 minit bacaan
Kongsi
Ali Hamsa meninggalkan pejabat pada hari terakhir perkhidmatannya sebagai ketua setiausaha negara. Gambar: Twitter
Ali Hamsa meninggalkan pejabat pada hari terakhir perkhidmatannya sebagai ketua setiausaha negara. Gambar: Twitter

Bekas ketua setiausaha negara (KSN) Ali Hamsa disahkan meninggal dunia hari ini pada usia 64 tahun.

Ketua Setiausaha Negara Mohd Zuki Ali mengesahkan Ali meninggal dunia di Hospital Dublin, Ireland.

“Ali merupakan tokoh besar dalam sektor perkhidmatan awam.

“Pemergian beliau di bulan Ramadan ini merupakan satu kehilangan besar kepada negara dan perkhidmatan awam,” katanya dalam satu kenyataan.

Ali yang merupakan anak Johor mendapat pendidikan tinggi di Universiti Malaya dalam bidang ekonomi dan kemudian memperoleh ijazah kodoktoran dari Universiti Oklahoma, Amerika Syarikat.

Beliau mula berkhidmat sebagai pegawai tadbir dan diplomatik (PTD) sejak Januari 1981 dan memulakan karier sebagai penolong setiausaha di kementerian perdagangan dan perindustrian.

Ali dilantik dan berkhidmat sebagai KSN sejak Jun 2012 sehingga 30 Ogos 2018 menggantikan Mohd Sidek Hassan yang tamat kontrak.