- Iklan -
Berita

Kes harian turun ke paras 7,100 jangkitan, 16 lagi terkorban

96,601 kes aktif direkodkan dengan 97.2% daripadanya sedang menjalani kuarantin kendiri.

Staff Writers
1 minit bacaan
Kongsi
Warga Kuala Lumpur bersantai di Dataran Kuala Lumpur sambil menunggu waktu berbuka puasa.
Warga Kuala Lumpur bersantai di Dataran Kuala Lumpur sambil menunggu waktu berbuka puasa.

7,140 kes baru Covid-19 direkodkan hari ini menjadikan jumlah keseluruhan sebanyak 4,396,165 kes.

Sebanyak 14,423 pesakit turut dilaporkan sembuh, menjadikan jumlah keseluruhan kes sembuh sebanyak 4,264,127.

Ketika ini, 96,601 kes aktif direkodkan, dengan 93,901 atau 97.2% daripadanya sedang menjalani kuarantin kendiri.

Dalam pada itu, 282 (0.3%) kes kini berada di pusat kuarantin sementara 2,308 (2.4%) dimasukkan ke hospital.

Kes yang memerlukan rawatan di unit rawatan rapi (ICU) adalah sebanyak 110 kes dan 68 daripadanya memerlukan bantuan alat pernafasan.

Kadar penggunaan kemudahan ICU di seluruh negara kini sebanyak 52.5% dengan kes Covid-19 merangkumi 14.5%.

16 korban akibat wabak itu turut dilaporkan, termasuk empat kes kematian sebelum tiba ke hospital.

Setakat ini, kes keseluruhan kematian adalah sebanyak 35,437 orang.