- Iklan -
Berita

Tiada kenaikan tol 4 lebuh raya selepas kerajaan struktur semula syarikat konsesi

Ia juga akan menjimatkan pembayaran subsidi sebanyak RM4.1 bilion.

Staff Writers
1 minit bacaan
Kongsi
Kadar tol tidak akan dinaikkan sehingga konsesi tamat bagi empat syarikat Kesas, SMART, SPRINT dan LDP.
Kadar tol tidak akan dinaikkan sehingga konsesi tamat bagi empat syarikat Kesas, SMART, SPRINT dan LDP.

Perdana Menteri Ismail Sabri Yaakob hari ini mengumumkan penstrukturan semula empat syarikat konsesi lebuh raya Lembah Klang di mana kadar tol tidak akan dinaikkan sehingga tamat konsesi selain dapat menjimatkan pembayaran subsidi sebanyak RM4.1 bilion.

Dalam sebuah kenyataan Ismail berkata keputusan itu diambil selepas meneliti semua aspek meliputi bebanan penggunan, obligasi kerajaan dan perjanjian konsesi.

Empat syarikat yang menguruskan beberapa lebuh raya yang bakal menjalani penstruktutran semula itu termasuk Kesas Sdn Bhd, Syarikat Mengurus Air Banjir dan Terowong Sdn Bhd yang menguruskan Smart, Sistem Penyuraian Trafik KL Barat Sdn Bhd yang menguruskan Sprint dan Lingkaran Trans Kota Sdn Bhd yang menguruskan Lebuhraya Damansara-Puchong (LDP).

“Melalui penstrukturan ini, kadar tol tidak akan dinaikkan dan kekal sehingga tamat konsesi serta akan dapat menjimatkan bayaran
pampasan dari 1 Januari 2022 sehingga tamat tempoh konsesi.

“Ini merupakan usaha berterusan kerajaan untuk memastikan Keluarga Malaysia tidak terbeban khususnya dengan kenaikan kadar tol seperti mana yang ditetapkan dalam perjanjian konsesi,” katanya.

Dalam pada itu, Ismail berkata penjimatan tersebut boleh dimanfaatkan bagi program pembangunan infrastruktur negara dan kemudahan-kemudahan lain yang perlu diutamakan demi kesejahteraan warga Malaysia.

Perincian lanjut berhubung penstrukturan semula syarikat-syarikat tersebut akan diumumkan Menteri Kerja Raya Fadillah Yusof.