MB Johor mengadap sultan, PRN bakal diadakan
Hasni Mohammad dijangka mengadap Sultan Ibrahim untuk mendapatkan perkenan baginda bagi pembubaran DUN Johor.
Terkini
Menteri Besar Johor Hasni Mohammad dijangka mengadap Sultan Johor Sultan Ibrahim Sultan Iskandar untuk mendapat perkenan baginda bagi pembubaran Dewan Undangan Negeri (DUN) Johor, petang ini.
Hasni berkata beliau akan mengadap Sultan Ibrahim di Istana Bukit Serene pada 5 petang ini.
“Saya telah mendapat persetujuan daripada Ketua-ketua Bahagian (Umno) untuk (diadakan) Pilihan Raya Negeri Johor.
“Saya akan mengadakan Mesyuarat Majlis Kerajaan Negeri di Kota Iskandar sekejap lagi sebelum menghadap Tuanku,” katanya ringkas kepada pemberita hari ini.
Hasni dijangka membuat sidang media pada 6 petang ini.
Ikuti kami di WhatsApp & Telegram
Dapatkan pandangan eksklusif berita terkini Malaysia.
Langgan berita kami
Anda akan menerima berita terkini dan analisis harian.
