- Iklan -
Berita

JPM tidak akan campur tangan kes moral hakim kanan syariah, kata menteri

Idris meminta semua pihak akur dan menyerahkan sepenuhnya kepada pihak berkuasa untuk membuat siasatan yang telus dan terperinci.

Bernama
1 minit bacaan
Kongsi
Menteri di Jabatan Perdana Menteri Idris Ahmad. Gambar: Facebook
Menteri di Jabatan Perdana Menteri Idris Ahmad. Gambar: Facebook

Jabatan Perdana Menteri (JPM) (Hal Ehwal Agama) (HEA) sama sekali tidak akan campur tangan dalam tuduhan isu moral yang melibatkan seorang pegawai kehakiman syariah.

Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama) Senator Idris Ahmad berkata pihaknya menyerahkan sepenuhnya perkara tersebut kepada polis untuk melakukan siasatan.

“JPM (HEA) sama sekali tidak akan mencampuri bidang kuasa pihak polis dan undang-undang yang sedang berkuat kuasa,” katanya dalam satu kenyataan malam tadi.

Dalam pada itu, Idris meminta semua pihak akur dan menyerahkan sepenuhnya kepada pihak berkuasa untuk membuat siasatan yang telus dan terperinci.

“Ia akan memberikan keadilan kepada semua pihak yang terkait dalam isu ini, sebarang kenyataan yang boleh mengganggu siasatan perlulah dihentikan,” tegasnya.

Sebelum ini, media melaporkan polis menyiasat seorang hakim kanan kerana didakwa melakukan gangguan seksual terhadap wanita berkahwin pada 2020.