- Iklan -
Berita

11,000 guru Kemas bakal bakal dinaik taraf miliki ijazah

Pelaksanaan naik taraf guru itu yang bakal memberi lonjakan terhadap pendidikan di tabika Kemas.

Bernama
1 minit bacaan
Kongsi
Kanak-kanak membuat aktiviti bersama guru ketika berada dalam kelas Tabika Kemas di Ampang.
Kanak-kanak membuat aktiviti bersama guru ketika berada dalam kelas Tabika Kemas di Ampang.

Kira-kira 11,000 guru Tabika Jabatan Kemajuan Masyarakat (Kemas) bakal dinaik taraf daripada lulusan diploma kepada ijazah sarjana muda, kata Menteri Pembangunan Luar Bandar Mahdzir Khalid.

Beliau berkata pelaksanaan naik taraf guru itu yang bakal memberi lonjakan terhadap pendidikan di Kemas, akan dibuat secara berperingkat dan ia sedang diselaraskan kementerian pembangunan luar bandar (KPLB) dari aspek kewangan dan perjawatan.

“Sekarang ini, silibus Kemas dan kementerian pendidikan sama, cuma guru yang ada di Kemas ada yang kelulusan diploma. Oleh demikian, kami mahu tingkatkan kelulusan tenaga pengajar daripada diploma kepada ijazah,” katanya.

“(Kelulusan) guru di Kemas akan ditingkatkan… bukan kita buang mereka tetapi guru yang ada boleh ambil ijazah sarjana muda,” katanya dalam sidang media selepas Majlis Amanat Tahun Baharu 2022 KPLB hari ini.

Pada 5 November tahun lepas, Mahdzir berkata perjawatan baru bagi pendidik masyarakat tabika Kemas pada masa depan perlu memiliki ijazah sarjana muda pendidikan awal kanak-kanak.

Menurutnya, ia bertujuan meningkatkan profesionalisme warga pendidik masyarakat dan menjamin kualiti pendidikan awal kanak-kanak seiring dengan peredaran masa serta kepesatan teknologi.

- Iklan -

Paling Popular

Tiada artikel ditemui.