- Iklan -
Berita

Batal cuti, balik segera, PM beritahu menteri ketika korban banjir lepasi 40 orang

Beliau mengarahkan anggota Kabinet untuk batalkan percutian dan menumpukan usaha membatnu mangsa terjejas banjir.

Staff Writers
1 minit bacaan
Kongsi
Suasana banjir di Taman Sri Muda, Shah Alam. Selangor menjadi negeri paling teruk terjejas akibat banjir kilat hujung minggu lalu.
Suasana banjir di Taman Sri Muda, Shah Alam. Selangor menjadi negeri paling teruk terjejas akibat banjir kilat hujung minggu lalu.

Perdana Menteri Ismail Sabri Yaakob menggesa anggota Kabinet untuk membatalkan percutian dan pulang ke Malaysia jika berada di luar negara, ketika negara berdepan dengan banjir yang kini mengorbankan lebih 40 nyawa.

“Saya sudah arahkan semua menteri yang rancang percutian masing-masing untuk batalkan percutian mereka, mereka yang berada di luar negara yang boleh balik, balik segera.

“Supaya kita boleh bersama rakyat yang sedang kesusahan ini,” kata beliau merujuk slogan Keluarga Malaysia yang diperkenalkannya.

Gesaan Ismail itu tampil selepas kematian mangsa akibat banjir yang memusnahkan bandar-bandar utama di Lembah Klang dan negeri-negeri lain mencecah 41 orang.

Jumlah korban itu mengatasi mangsa banjir yang berlaku pada 2014 yang menyebabkan kira-kira 200,000 orang kehilangan tempat tinggal.

Ahli politik daripada persekutuan dan negeri menerima kecaman awam susulan kegagalan menggerakkan usaha pemindahan dan menyelamat di Selangor yang paling terjejas akibat banjir yang berlaku.

Hujan lebat sejak hujung minggu lalu menyebabkan sebahagian besar Shah Alam, Klang, dan Hulu Langat ditenggelami air.

Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia) turut mengeluarkan ramalan luruan monsun bakal berlaku selepas perayaan Krismas di mana ia boleh menyebabkan hujan berterusan di timur Johor, timur Sabah dan barat Sarawak dalam tempoh 28 hingga 30 Disember ini.

Luruan monsun pada 27 hingga 30 Disember itu adalah angin sejuk dari Siberia yang menyebabkan angin kencang dan laut bergelora di Laut China Selatan.

MetMalaysia turut memaklumkan angin kencang dan laut bergelora diramal di perairan Laut China Selatan itu turut termasuk kawasan perairan pantai timur semenanjung pada 26 hingga 30 Disember.