Anak lelaki Gaddafi bakal bertanding pilihan raya presiden Libya
Beliau pernah dipenjara pada 2011 selepas bapanya, Muammar Gaddafi digulingkan sebelum dibebaskan pada 2017.
Anak kedua bekas pemimpin Libya yang digulingkan, Muammar Gaddafi, mendaftar sebagai calon untuk pilihan raya presiden yang dijadualkan pada Disember 2021, lapor Sputnik memetik media Libya pada Ahad.
Saif al-Islam Gaddafi, 49, mendaftar di pejabat cawangan suruhanjaya pilihan raya negar itu yang terletak di bandar Sabha, menurut video yang diterbitkan akhbar al-Marsad di Twitter.
Beliau pernah dipenjara pada 2011 selepas bapanya digulingkan sebelum dibebaskan pada 2017.
Pilihan raya presiden dan parlimen, kedua-duanya dijadual diadakan pada 24 Disember 2021 adalah hasil daripada Forum Dialog Politik Libya yang diadakan di bawah naungan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu di Geneva Februari lalu.
Libya kini ditadbir oleh kerajaan perpaduan diketuai Abdul Hamid Dbeibeh dan Majlis Presiden diterajui Mohamed Yunus al-Menfi, seperti ditetapkan PBB.
Langgan berita kami
Anda akan menerima berita terkini dan analisis harian.