PM Sudan disahkan telah pulang ke rumah
Bagaimanapun, beberapa menteri dan pemimpin politik Sudan masih ditahan dan tidak diketahui keberadaan mereka.
Terkini
Pejabat Perdana Menteri Sudan mengesahkan bahwa Perdana Menteri Abdalla Hamdok, yang ditahan dalam rampasan kuasa tentera, telah pulang ke rumahnya, lapor Sputnik.
Sebelum ini, media melaporkan Hamdok telah dibebaskan dan kembali ke kediamannya di daerah Kafouri, Khartoum.
“Malam ini (Selasa) Perdana Menteri Abdalla Hamdok dan isterinya telah kembali ke kediaman mereka di Khartoum dengan kawalan keselamatan yang dipertingkatkan,” kata pejabat itu dalam satu kenyataan di Facebook.
Menurut kenyataan itu, beberapa menteri dan pemimpin politik Sudan masih ditahan dan tidak diketahui keberadaan mereka.
Tentera Sudan pada pagi Isnin menahan Hamdok, serta beberapa anggota kerajaan yang lain. Bercakap di saluran televisyen negara, ketua Majlis Berdaulat Sudan dan Ketua Komander Angkatan Tentera, Abdel Fattah al-Burhan mengisytiharkan darurat di negara itu, pembubaran majlis berdaulat dan kerajaan.
Kemudian, al-Burhan pada sidang akhbar menyebut Hamdok berada di rumahnya dan dalam keadaan yang baik.
Ikuti kami di WhatsApp & Telegram
Dapatkan pandangan eksklusif berita terkini Malaysia.
Langgan berita kami
Anda akan menerima berita terkini dan analisis harian.