Kes harian Covid-19 kekal di paras 12,000
Sarawak kekal mencatat kes harian tertinggi sebanyak 2,487 hari ini disusuli Selangor yang mencatat 1,940 kes jangkitan.
Terkini
Malaysia merekodkan kes baru sebanyak 12,735 menjadikan kes keseluruhan Covid-19 meningkat sebanyak 2,245,695 kes.
Sarawak kekal mencatat kes harian tertinggi sebanyak 2,487 hari ini disusuli Selangor yang mencatat 1,940 kes jangkitan.
Sabah mencatatkan kes harian sebanyak 993, Kedah (1,033), Kelantan (1,232), Perak (913), Pulau Pinang (763), Kuala Lumpur (258), Pahang (697), Melaka (194), Negeri Sembilan (132), Terengganu (726) dan Johor (1,241).
Putrajaya (28), dan Perlis (97) sahaja negeri yang mencatat kes dua digit hari ini.
Sementara Labuan (1) mencatatkan kes satu digit hari ini.
MENYUSUL LAGI
Langgan berita kami
Anda akan menerima berita terkini dan analisis harian.