Kes baru Covid-19 menurun bawah 14,000
Selangor mencatat kes harian tertinggi sebanyak 1,985 hari ini disusuli Johor yang mencatat 1,913 kes jangkitan.
Malaysia merekodkan kes baru sebanyak 13,754 menjadikan kes keseluruhan Covid-19 meningkat sebanyak 2,156,678 kes.
Selangor mencatat kes harian tertinggi sebanyak 1,985 hari ini disusuli Johor yang mencatat 1,913 kes jangkitan.
Sabah mencatatkan kes harian sebanyak 1,629, Kedah (783), Kelantan (1,264), Perak (844), Pulau Pinang (1,052), Kuala Lumpur (383), Pahang (869), Melaka (292), Negeri Sembilan (175), Terengganu (664) dan Sarawak (1,766).
Putrajaya (14), dan Perlis (113) sahaja negeri yang mencatat kes dua digit hari ini.
Sementara Labuan (8) mencatatkan kes harian satu digit hari ini.
Langgan berita kami
Anda akan menerima berita terkini dan analisis harian.